
Majlis perkahwinan pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan
menjadi bualan hangat masyarakat kerana menerima tajaan lebih RM10 juta
sekaligus merupakan perkahwinan termahal dalam industri seni tempatan.
Beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan
mewah pasangan yang selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada
11.12.13 di Pusat Konvensyen Bandar Setia (SCCC), Setia Alam.

1. Che Ta menerima wang hantaran berjumlah RM23,200 simbolik tarikh lahir Zain yang jatuh pada 23 Februari.
2. Mas kahwin Che Ta bernilai RM9,300 pula merupakan simbolik tarikh lahir pelakon itu sendiri iaitu pada 9 Mac.
3.
Pengacara ‘Primadona’ itu turut menerima cincin perkahwinan pemberian
Zain yang dianggarkan bernilai RM93,000 juga simbolik tarikh lahir Che
Ta yang direka khas oleh Habib Jewels untuknya.
4. Hantaran pasangan ini 9 berbalas 9 dulang di mana kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM200,000.

5. Hantaran mewah yang diterima pihak
lelaki termasuklah lima pasang baju Melayu rekaan Man’s Kajang
Collection, gelang tangan Pandora, jam tangan Cartier, tas tangan Prada
dan Louis Vuitton, tali pinggang Louis Vuitton, lima helai kemeja
Burberry, lapan botol wangian berjenama antaranya Ferragamo, Chanel,
Polo, YSL dan Gucci serta lima pasang kasut berjenama Louis Vuitton,
Tod’s dan Christian Loboutin.
6. Manakala Che Ta menerima
barangan seperti telefon pintar iPhone dan Blackberry, lima pasang kasut
jenama Christian Loboutin, empat pasang kain lace, tiga buah beg tangan
jenama Chanel, 10 haruman berjenama di mana kebanyakan barang
hantarannya dibeli di luar negara.
7. Selepas menggayakan
barangan kemas bernilai RM11.5 juta pada majlis malam berinai, Che Ta
menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM6.5 juta pada
majlis akad nikahnya.

8. Tiara yang dipakai Che Ta yang
bermotifkan geometri dihiasi dengan permata berlian berpotongan ‘brilian
cut’, diselang-selikan dengan kilauan permata Kunzite dan Aquamarine.
9. Rantai leher Che Ta diserikan dengan taburan permata nilam dan berlian pelbagai bentuk berpotongan ‘rose cut’.
10.
Manakala subang labuh dan rantai tangan ditatahi permata Paraiba dari
keluarga Tourmaline, diselang-seli dengan permata nilam dan berlian juga
berpotongan ‘rose cut’.
11. Jari manis Che Ta disarungkan dengan
cincin permata nilam berbentuk hati berpotongan ‘cobochone’ bersama
berlian berpotongan ‘rose cut’. Che Ta turut menyarungkan cincin permata
berlian Habib 14 carat berbentuk oval bertakhtakan butiran permata.

12. Che Ta turut memakai rantai tangan
tajaan Habib yang ditatah berlian berpotongan empat segi tepat atau
dikenali sebagai ‘princess cut’.
13. Che Ta dan Zain memakai persalinan pengantin berona putih rekaan Man Kajang.
14. Pengantin tiba di SCCC menaiki limosin mewah berwarna putih jenama Chrysler.
15. Secara keseluruhan, pasangan ini menerima 28 tajaan antaranya barangan kemas dari Habib Jewels dan lokasi.



0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.