
Sejak akhir-akhir ini ramai rakan yang mengadu kepada SS mengenai kisah seorang individu yang mengaku dirinya seorang wartawan hiburan.
SS difahamkan, dia adalah bekas pegawai perhubungan media di sebuah syarikat korporat, tetapi sudah diberhentikan gara-gara kurang mahir dengan kerjanya.
Rakan itu memaklumkan hampir semua wartawan dan penggiat seni mengenali individu terbabit kerana perangainya yang selamba dan tanpa rasa malu dengan muncul di semua majlis hiburan.
Walaupun tidak ada sesiapa yang kenal dan tahu dengan media mana dia bekerja, tapi dia tetap selamba masuk ke majlis dan mengaku kononnya dia wartawan di sebuah portal hiburan.
Paling kelakar apabila ada dalam kalangan rakan media dan pegawai perhubungan syarikat menyelidik portal hiburan yang didakwanya langsung tidak ada kandungan terbaru sebaliknya hanya lamparan muka depan saja.
Jika ke majlis sekali pun, bukannya duduk menemu bual sebaliknya dia hanya duduk bersembang dan mengambil gambar dengan semua selebriti.
Seperti biasa semua gambar itu akan dimuat naik dalam laman sosial.
Jika dibaca pada status setiap gambar yang diambil bersama selebriti itu, bukan main mengalahkan wartawan hebat dan terkenal sedangkan semua artis itu langsung tidak mengenalinya.
Kerana terlalu taksub terhadap dunia hiburan, dia sekarang khabarnya mengaku kononnya dia adalah wartawan sambilan di sebuah akhbar harian.
Terkejut beruk semua teman media dengan tindakan berani matinya dengan mengaku wartawan di akhbar harian pula. Sebelum ini sibuk kata ada blog, sekarang sudah menjadi wartawan akhbar pula.
SS harap kepada semua penggiat seni termasuk artis, pegawai perhubungan awam dan wartawan lain janganlah terpedaya dengan individu ini yang sebenarnya memegang status ‘media palsu’ ini.
Kalau betul memang teringin sangat nak jadi wartawan, apa kata masuk semula belajar dan memahami etika kewartawanan. – Harian Metro
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.