Breaking News
Loading...
Tuesday 22 July 2014

MH17: Sky News Mohon Maaf Kerana Geledah Bagasi

09:54:00

LONDON : Stesen penyiar British, Sky News memohon maaf selepas seorang penyampainya menggeledah bagasi di tapak kejadian pesawat MH17 terhempas ketika lintas langsung, semalam.

Ketika siaran berkenaan, penyampai Colin Brazier didapati menyelongkar barang peribadi di dalam sebuah beg pakaian di tapak kejadian sambil mengutip sejambak kunci sebelum berkata: “Kita tidak sepatutnya berbuat begini.”

Perbuatan itu mencetuskan kemarahan dalam media sosial termasuk gesaan supaya Brazier dibuang kerja.

Selain itu, penyampai BBC, Jacqui Oatley dalam tweetnya berkata, dirinya “hairan” manakala profesor media massa di Universiti Baker, Joe Watson berkata, ia adalah “saat paling teruk bagi kewartawanan.” – AFP

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer