Breaking News
Loading...
Sunday 20 July 2014

MH17: Penyiasat Antarabangsa Bimbang Bukti Diusik

23:26:00
MH17: Penyiasat Antarabangsa Bimbang Bukti Diusik

HRABOVE, Ukraine : Penyiasat antarabangsa menuju ke lapangan dilitupi bau mayat mereput penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, untuk cuba mengawal tapak kejadian dengan harapan siasatan berwibawa dapat dilaksanakan.

Namun sebelum sempat mereka tiba ke lokasi kejadian, timbul keraguan sama ada bukti sudah diusik.
Kerajaan Ukraine dan pemberontak saling menuduh lawanlah yang menembak peluru berpandu darat ke udara yang menjatuhkan Boeing 777 dengan 298 penumpang dan anak kapal itu.

Banyak pihak yang melihat pembabitan Russia dalam tragedi itu sama ada menerusi sokongan kepada puak pemisah atau menembak sendiri peluru berpandu itu.

Kerajaan di Kiev mendakwa pihak militan membawa keluar 38 mayat dari lokasi bangkai pesawat itu terhempas berhampiran sempadan Russia dan membawa mayat berkenaan ke bandar Donetsk yang dikuasai mereka dengan bantuan pakar dengan loghat Russia.

Ia juga menyatakan puak pemisah “mencari pengangkutan besar untuk membawa keluar serpihan ke Russia”. – AP

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer