Breaking News
Loading...
Monday 21 July 2014

Penggunaan Kod MH17 Oleh MAS Dihentikan, Diganti MH19

09:09:00
Penggunaan Kod MH17 Oleh MAS Dihentikan, Diganti MH19

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan kod laluan MH17 bagi memberikan penghormatan kepada anak kapal dan penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat itu Khamis lepas.

“Penerbangan MH17 akan dihentikan penggunaannya untuk menghormati kejadian yang menimpa anak kapal dan penumpang.

“Perubahan ini akan berkuatkuasa pada 25 Julai depan,” menurut satu kenyataan terbaru MAS hari ini.
Menurut kenyataan itu, tiada sebarang peruabahan jadual untuk penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan ia akan terus beroperasi setiap hari.

Kod penerbangan terbaru untuk laluan itu akan ditukar kepada MH19 – AMS/KUL.

“Doa kami sentiasa untuk bersama untuk para penumpang dan ahli keluarga MH17,” katanya.

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia di kawasan Grobovo selepas dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu oleh pasukan pemberontak Ukraine pro-Russia.

Sehingga kini, masih tiada pihak bertanggungjawab dalam menyebabkan nahas pesawat itu yang meragut nyawa kesemua 298 termasuk 15 orang anak kapal. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer