Breaking News
Loading...
Monday 21 July 2014

Singapore Airlines Guna Laluan Ukraine Sebanyak 75 Kali – MAS 48

12:11:00
Singapore Airlines Guna Laluan Ukraine Sebanyak 75 Kali – MAS 48

Insiden nahas pesawatMalaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine dua hari yang lalu telah mengundang pelbagai spekulasi dan persoalan.

Antara yang paling kerap diajukan adalah, mengapa pesawat itu menggunakan laluan yang berisiko dan berbahaya?

Hakikatnya, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sudah mengesahkan bahawa laluan tersebut selamat dilalui.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi sidang media sebelum ini juga pernah memberitahu ia menjadi laluan utama kepada 15 daripada 16 syarikat penerbangan di bawah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik dan turut digunakan oleh syarikat penerbangan Eropah yang lain.

Laporan infografik yang kami kongsikan di atas ternyata membuktikan perkara tersebut.

Pesawat MAS sebelum ini sudah melaluinya sebanyak 48 kali tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, syarikat penerbangan negara jiran seperti Thai Airways dan Singapore Airlines turut menjadikan ia sebagai laluan utama, masing-masing sebanyak 34 kali dan 75 kali.

Pesawat syarikat penerbangan Rusia, Aeroloft pula disenaraikan sebagai pengguna laluan yang paling banyak sekali iaitu 86 kali.

Ia sekaligus membuktikan bahawa ia bukanlah laluan terpencil, sebaliknya laluan yang menjadi pilihan ramai.

Justeru, adalah tidak adil untuk menuduh MAS sengaja menggunakan laluan bergolak bagi menjimatkan minyak sehingga menyebabkan ia ditembak jatuh.

Bagaimanapun, susulan kejadian ini, semua penerbangan ke Eropah di bawah kendalian MAS akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuatkuasa serta merta. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer