Breaking News
Loading...
Monday 21 July 2014

Pemimpin Dunia Kecam Rusia Di Atas Insiden Pesawat MH17

12:39:00
Pemimpin Dunia Kecam Rusia Di Atas Insiden Pesawat MH17
Sehingga ke hari ini pihak pemisah pro Rusia yang didakwa bertanggungjawab melakukan tembakan ke atas pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 masih menuding jari menyalahkan negara Ukraine di atas nahas udara yang mengorbankan sebanyak 298 nyawa, pada Khamis lalu.

Menerusi laporan kebanyakan media antarabangsa, semua masyarakat di seluruh dunia menagih jawapan daripada kerajaan Rusia berhubung insiden tersebut.

Menerusi laporan The Guardian, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton percaya perbuatan tidak berperikemanusiaan ini didalangi oleh militan Rusia.

Pemimpin Dunia Kecam Rusia Di Atas Insiden Pesawat MH17
Malah, Hillary dengan tegas menyatakan pendirian bahawa kerajaan Rusia di bawah pimpinan Vladimir Putin harus diberi tekanan di atas perbuatan tersebut malah turut mengkritik cara Rusia dalam menguruskan perkara terbabit.

Hillary turut menyarankan negara-negara di Kesatuan Eropah agar meningkatkan tekanan ke atas Rusia agar mereka tidak boleh terlepas dengan sewenang-wenangnya di atas kesalahan jenayah meragut nyawa 298 orang yang tidak berdosa.

Selain itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott turut memaksa Rusia untuk tampil memberikan penjelasan bagaimana puak pemisah yang terlibat boleh tersilap menembak pesawat komersial MAS.

Pemimpin Dunia Kecam Rusia Di Atas Insiden Pesawat MH17

Angela Merkel, Perdana Menteri Jerman pula berkata penubuhan badan penyiasatan bebas dan berkecuali perlu ditubuhkan agar proses penyiasatan berjalan dalam keadaan tidak mendapat tekanan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan dan dalam perkara ini pihak-pihak yang berkepentingan tersebut ialah Ukraine dan Rusia yang kini sedang berdepan dengan konflik dalaman di antara satu sama lain. – MyNewsHub

Pemimpin Dunia Kecam Rusia Di Atas Insiden Pesawat MH17

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer