Breaking News
Loading...
Monday 21 July 2014

Keluarga Juruterbang Ingin Jasadnya Dikebumikan Di Malaysia

12:19:00
Keluarga Juruterbang Ingin Jasadnya Dikebumikan Di Malaysia

Keluarga jururterbang MH17 berharap jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin dapat dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung mereka di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Menurut salah seorang anak saudara mangsa, Nur Sufizah Dusuki, Kapten Wan Amran yang sinonim dengan panggilan Ayah Ran memang sangat rapat dengan kesemua anak-anak saudaranya.

Selain itu, Nur Sufizah turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat pemurah, merendah diri dan baik hati.

“Dia memang pemurah, baik hati, rendah diri. Walaupun dia orang yang ‘educated’, tetapi sangat low profile, dan orang pun tak menjangkakan bahawa dia adalah seorang juruterbang,” katanya memetik Astro Awani.

Kapten Wan Amran merupakan juruterbang MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Penerbangan terbabit terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer