Breaking News
Loading...
Sunday 22 December 2013

Lahir Anak Dalam Tandas

20:34:00

Lahir Anak Dalam Tandas
Gambar Hiasan

Beijing : Seorang penuntut tahun pertama universiti mengejutkan penduduk Kunming apabila melahirkan anak dalam tandas asrama sebelum menghadiri kelas.

Pelajar itu dilaporkan melahirkan anaknya dalam tandas kolej vokasional dihadirinya sekitar jam 6 pagi sebelum menghadiri kelas seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tangisan bayi itu didengar pelajar lain yang terus mendapatkan bantuan guru.

Tidak seorangpun rakannya menyedari dia hamil, malah mereka percaya apabila dia mendakwa saiz badannya disebabkan sudah gemuk.

Pusat khas dibina di seluruh negara untuk mengekang masalah pembuangan bayi, namun masih ramai wanita memilih membuang anak dilahirkan luar nikah.

Agensi

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer