Breaking News
Loading...
Monday 16 December 2013

Cristina Suzanne Akhirnya Akui Putus Tunang

11:37:00
Menerusi akhbar Berita Harian Sabtu lalu, Christina Suzane akhirnya dilaporkan mengakui telah putus tunang dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kuantan.

Cristina Suzanne Akhirnya Akui Putus Tunang

Minggu lepas, Cristina Suzanne turut diterjah oleh krew Melodi untuk bertanyakan soalan tersebut. Beliau dilihat cuba mengelak dari memberikan jawapan. Namun menerusi Berita Harian, Cristina yang mengakui kebenaran berita tersebut tetap enggan memberikan punca sebenar putus tunang.

"Sejujurnya saya tidak mampu memberika jawapan “direct” kerana perlu menjaga hati banyak pihak. Andai saya tersilap cakap, ada pihak yang terasa dan berkecil hati, saya tak mahu menanggung dosa. Sebolehnya saya tidak mahu menghebohkan perkara ini, tapi saya tahu, lambat laun, media mahupun peminat akan tahu juga."

"Apa yang pasti, perancangan saya untuk bernikah pada 22 Januari depan tidak akan menjadi kenyataan. Tuhan lebih mengetahui segala-galanya. Ikutkan hati, saya nak perkara peribadi disimpan untuk tatapan diri sendiri saja dan berkongsi cerita perihal kerja semata-mata bersama peminat."

"Namun saya perlu akur, kehidupan saya hari ini tidak sama ketika masih bertugas sebagai pramugari dulu. Sebagai figura awam, setiap inci yang saya buat, orang nak tahu. Tapi saya tak boleh mendedahkan segala-galanya kerana banyak hati yang perlu saya jaga bukan hanya perasaan sendiri."


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer