Yangon: Skuad hoki wanita negara akhirnya meraih pingat emas diidamkan selepas menakluk Thailand, 6-1 pada perlawanan akhir di Stadium Theinphyu petang semalam.
Meskipun bermula sukar apabila skuad kendalian Mohd Nasihin Nubli Ibrahim bergelut mencari gol apabila hanya menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama, mereka berjaya mendapatkan momentum dengan empat lagi gol pada babak kedua.
Namun, Thailand berjaya mendapatkan gol saguhati pada hujung permainan, menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Ritngam Sukanya.
“Ini pingat emas pertama saya sebagai jurulatih, saya amat puas hati dan amat gembira dengan kemenangan ini,” kata Nasihin.
“Ini pingat emas pertama saya sebagai jurulatih, saya amat puas hati dan amat gembira dengan kemenangan ini,” kata Nasihin.
“Kami mencipta sejarah dan menjaringkan purata lebih daripada 10 gol, pemain bermain mati-matian dan saya amat menghargai apa yang mereka sumbangkan.” Ditanya mengenai keupayaan Thailand bermain dengan lebih bertenaga berbanding pertemuan sebelum ini, beliau mengaku ia satu petanda positif. -HARIAN METRO
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.