Breaking News
Loading...
Tuesday 25 February 2014

Hanez Suraya – ‘Saya Bukan Perampas’

16:28:00
Hanez Suraya – ‘Saya Bukan Perampas’

UMUM tahu bahawa Hanez Suraya sudah merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan pada tahun ini.

Tapi, ada pula khabar yang tak sedap didengar kononnya jejaka pilihannya itu merupakan suami orang.
Menerusi portal GUA, Hanez menafikan perkara itu dengan menyatakan bahawa ahli perniagaan itu bukan milik sesiapa.

“Saya bukan perampas hak orang. Sekiranya saya perampas, apa buktinya? Jika tiada bukti, jangan tuduh begitu. Jika ada sebarang bukti, sila tampilkan.

“Sepanjang perkenalan saya dengan dia, apa yang saya tahu, dia bukan hak sesiapa. Jadi jangan tuduh saya sebegitu rupa. Jika tuduhan itu benar sekali pun, mungkin ada benda yang saya tidak tahu, tetapi apa yang saya pasti sepanjang mengenali dirinya, dia bukan milik sesiapa,” jelasnya.

Ujar Hanez lagi, sebelum dia mengumumkan yang dia mahu berkahwin, dia sudah memikirkan semasak-masaknya.

“Benda ini tidak membuatkan saya melatah, saya tak mahu layan pun. Bagi saya, ada segelintir orang rasa susah hati apabila tengok kita bahagia. Saya pun kurang pasti apa masalah mereka.

“Saya mahu biarkan sahaja tuduhan ini. Makin saya layan nanti, semestinya makin menjadi-jadi. Apabila saya rasa kecewa mengenai tuduhan ini, semestinya pihak yang ingin melihat saya kecewa puas hati. Jadi saya enggan layan,” tambahnya.

Menurut pelakon ini, jika benar dia merampas hak orang, pasti keluarganya tidak akan bersetuju dengan pilihannya itu.

Bersabarlah Hanez. Mungkin inilah yang dinamakan dugaan orang yang hendak mendirikan rumahtangga.

Kami yakin dia lebih mengenali kekasihnya itu berbanding orang luar, tak gitu? – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer