Breaking News
Loading...
Tuesday 25 February 2014

Penduduk Merusuh Bantah Piala Dunia 2014

00:18:00
Penduduk Merusuh Bantah Piala Dunia 2014
SAO PAULO : Seramai 1,000 penunjuk perasaan berhimpun di kota raya terbesar Brazil di sini kerana membantah tindakan kerajaan berbelanja sehingga berbilion-bilion dolar bagi mengendali temasya bola sepak Piala Dunia tahun ini.

Mereka berang perbelanjaan besar itu dilakukan ketika sistem pengangkutan awam di Brazilberada dalam keadaan daif sekali gus disifatkan sebagai satu pembaziran.

Bantahan tersebut bermula secara aman tetapi sebilangan samseng kemudian mula bertindak ganas dengan merosakkan beberapa buah bank dan bertempur dengan polis.

Anggota-anggota keselamatan menggunakan gas pemedih mata dan grenad rencatan untuk menyuraikan mereka.

Sebilangan penunjuk perasaan turut ditangkap. Protes kelmarin itu adalah yang terbaharu di Brazil sejak Jun lalu.

Setakat ini sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam beberapa protes serupa di negara itu. – AFP

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer