Breaking News
Loading...
Tuesday 25 February 2014

Model Bogel Mengadu Diraba Pengunjung

00:17:00
Model Bogel Mengadu Diraba Pengunjung

MANHATTAN : Beberapa model pameran The Artist is Present karya artis Marina Abramovic yang berlangsung di Muzium Seni Moden (MoMA) di sini mengadu telah diraba oleh para pengunjung, lapor akhbar New York Post semalam.

Pameran itu menampilkan lapan orang lelaki dan wanita yang berbogel atau hampir berbogel berdiri dalam pelbagai aksi di ruang galeri tingkat enam muzium berkenaan.

“Kami sedia maklum dengan cabaran yang terpaksa dihadapi ekoran terdapat model yang berbogel di galeri pameran ini.

Pengunjung-pengunjung yang menyentuh atau mengganggu model akan diiringi keluar oleh pihak keselamatan MoMA,” kata seorang jurucakap muzium itu.

Pihak muzium itu telah membatalkan keahlian seorang lelaki setelah dia didapati meraba seorang model tersebut.

Sekumpulan pengunjung yang tidak dinyatakan jumlahnya telah dihalau keluar dari muzium itu kerana meraba model-model itu.

Namun, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat ekoran perbuatan meraba model berkenaan.

Pameran itu bermula pada 14 Mac lalu dan berlangsung sehingga 31 Mei depan. – paapada.blogspot

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer