Breaking News
Loading...
Monday 24 February 2014

Bunuh Mangsa Sebelum Rompak

23:17:00
Bunuh Mangsa Sebelum Rompak

SEREMBAN : Seorang warga emas yang bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak Petron dekat Taman Bukit Emas di sini maut ditikam perompak yang menyamun wang RM1,500 dari premis itu malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.50 malam, Aris Sulaiman, 64, yang telah enam tahun bekerja di stesen minyak itu mati di kaunter wang selepas terkena tiga kali tikaman di dadanya.

Sebelum kejadian, Aris yang bekerja syif pukul 3 petang hingga 11 malam berada seorang diri di kaunter tersebut sebelum dia kemudian didatangi seorang pemuda bertopi keledar dan berjaket yang berpura-pura membeli sekotak air minuman. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer