Hasilkan Lukisan Dengan Muntah

LONDON : Ada pelukis yang menggunakan darah, peluh dan tangisan untuk menambah keunikan kepada lukisan mereka. Namun kini seorang pelukis wanita melangkah lebih jauh, dengan menghasilkan lukisan menggunakan muntahnya sendiri.

Pelukis tersebut, Millie Brown, menggunakan air soya yang diwarnakan dan kemudiannya memuntahkan semula ke atas kanvas.

Hasil kerjayanya itu pernah muncul dalam Ripley’s Believe it or Not!

Di sebalik usaha untuk memuntahkan semula air berkenaan, Millie, 27, berkata, ia tidak menjejaskan kesihatannya dan dia juga mengamalkan amalan pemakanan sayur-sayuran.

Dia akan berehat selama sebulan selepas menghasilkan sebuah lukisan sebelum meneruskan kerjanya lagi.

Lukisan hasil muntahnya itu dimulakan sejak 2005 selepas muncul dalam video klip Lady Gaga dengan memuntahkan cecair berwarna biru di atas baju penyanyi berkenaan.

Bairpun ada yang tidak dapat menerima hasil kerja Millie itu dengan menyifatkannya sebagai jijik, namun ramai yang menyifatkan lukisannya sebagai absrak dan mempunyai keunikan tersendiri.

“Untuk membuat persembahan ini, saya tidak makan selama dua hari supaya perut saya akan bersih daripada makanan. Dengan cara itu cecair yang keluar adalah cantik dan warnanya juga asli,’’ katanya.

Jelasnya, selepas seharian muntah, dia akan mengalami migrain namun menyifatkannya sebagai proses pembersihan minda dan badan. – MyNewsHub