Breaking News
Loading...
Wednesday 26 February 2014

Sharnaaz Memang Tangkap Cintan Dengan Nelydia?

10:24:00
Sharnaaz Memang Tangkap Cintan Dengan Nelydia?

Nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi perbualan hangat peminat industri seni tanah air apabila dia kini dikatakan mempunyai persengketaan dengan pelakon Lisdawati Nazaruddin dan suaminya, Fauzi Nawawi.

Namun, apa yang ingin kami kongsikan di sini ialah bukan hal pergaduhan tersebut, tetapi sebaliknya sisi romantik Sharnaaz terhadap pasangan heroinnya dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) terus terserlah menerusi perkongsian gambar aksi lakonan mereka di set penggambaran tersebut.

Sharnaaz Memang Tangkap Cintan Dengan Nelydia?

Dan daripada post gambar terbaru Sharnaaz, dapat disimpulkan drama BKATC telah tamat menjalani proses penggambarannya.

Menerusi keterangan gambar tersebut, Sharnaaz melahirkan ucapan penghargaannya kepada semua yang terlibat dalam drama terbabit termasuklah pengarah, rakan pelakon dan juga krew produksi.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah ucapan terakhir Sharnaaz yang dikhaskan kepada Nelydia bertulis, “buat Nely, abang sayang awak”.

Sharnaaz Memang Tangkap Cintan Dengan Nelydia?
Sharnaaz Memang Tangkap Cintan Dengan Nelydia?
Sharnaaz Memang Tangkap Cintan Dengan Nelydia?

Adakah memang benar selama ini Sharnaaz memang menyimpan perasaan istimewa terhadap kekasih Qi Razali?

Sharnaaz Memang Tangkap Cintan Dengan Nelydia?

Sebelum ini pun, media pernah melaporkan Qi sedikit cemburu dengan perbuatan Sharnaaz yang gemar menulis kata-kata yang agak ‘jiwang’ dalam Instagramnya bagi mempromosikan BKATC.

Akhirnya kes itu berlalu begitu sahaja selepas Qi menyedari perbuatannya yang menuduh Sharnaaz secara membabi buta, dan Sharnaaz juga mempertahankan tindakannya itu adalah bertujuan untuk mempromosikan drama lakonannya dan juga Nelydia.

Mungkinkah Sharnaaz sudah terpaut dengan cinta lokasi seperti mana yang gemar terjadi di kalangan selebriti Hollywood? – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer