Breaking News
Loading...
Monday 24 February 2014

Panggang Kucing Hidup-Hidup Kerana Ikan

21:09:00
Panggang Kucing Hidup Hidup Kerana Ikan

London : Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sanggup memanggang kucing hidup hidup dalam mikrowave hanya kerana menyerang ikan emasnya.

Laura Cunliffe, 23, mengaku memasukkan kucing berusia empat bulan itu dalam mikrowave selama lima minit.

Kucing betina itu bagaimanapun masih hidup selepas Cunliffe mengeluarkannya dari mikrowave namun kemudiannya mati.

Panggang Kucing Hidup Hidup Kerana Ikan

Susulan itu, mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas wanita kejam itu pada 13 Mac ini.

Menurut pendakwaraya, Brian Orsborn, Cunliffe memelihara kucing itu sejak ia berusia beberapa minggu.

“Anak kucing itu berada dalam keadaan parah selepas Cunliffe mengeluarkannya dari oven. Dia kemudiannya membawa binatang itu ke rumah saudaranya.

“Anak kucing itu tidak dapat bernafas dan mati 19 minit kemudian. Cunliffe telah menanamnya dengan bantuan seorang lelaki,’’ katanya. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer