Breaking News
Loading...
Sunday, 12 January 2014

Gary Mahu Semua Running Man Ke Malaysia – Leesang 1st Asia Showcase

20:47:00

Gary Mahu Semua Running Man Ke Malaysia   Leesang 1st Asia Showcase

Wabak Running Man datang lagi ke Malaysia! Manakan tidaknya, jika sebelum ini Lee Kwang Soo telah menjejakkan kaki ke sini, kini giliran Gary daripada kumpulan hip-hop Leesang, bersama teman sekumpulannya, Gill pula mengunjungi peminatnya.
Nyata, kehadiran mereka memang dinantikan peminat! Buktinya, keterujaan peminat bertambah sebaik sahaja gambar dengan caption ‘Hello Malaysia’ ini dimuatnaik menerusi akaun Instagram Gary.
Gary Mahu Semua Running Man Ke Malaysia   Leesang 1st Asia Showcase
Foto pertama yang dimuatnaik oleh Gary sebaik sahaja tiba di Malaysia
Sebelum menamatkan persembahan mereka, Gary dan Gill yang mengadakan persembahan ulung mereka di Kenanga Wholesale City (KWC) semalam sempat menyuarakan hasratnya untuk membawa semua pemain dalam rancangan Running Man ke Malaysia.
Jika perkara ini menjadi realiti, sudah pasti ramai yang menghitung hari menanti kemunculan para pemain program yang menjadi fenomena itu. Peminat juga sempat berkongsi di akaun Twitter tentang sesi Q&Ayang berlangsung semalam. Nampaknya, aktres jelita Song Ji Hyo mempunyai ciri-ciri wanita idaman mereka berdua.
Gary Mahu Semua Running Man Ke Malaysia   Leesang 1st Asia ShowcaseAntara komen daripada akaun Twitter yang dikongsi oleh peminat

Kredit : Instagram peminat Leesang

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer