Breaking News
Loading...
Sunday, 19 January 2014

Ibu Shila Amzah Nafi Kenyataan Aman Nasim

10:21:00
Ibu Shila Amzah Nafi Kenyataan Aman Nasim

Semalam, Mynewshub ada menyiarkan kisah ibu penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman yang dikatakan berkenan mahu merapatkan hubungan anaknya dengan seorang pelakon baru, Aman Nassim.

Aman juga melahirkan perasaan peliknya bagaimana kisah mengenai permintaan ibu Shila itu sampai ke pengetahuan pihak media.

Mengulas mengenai perkara itu, Fauziah menafikan ada membuat permintaan sebegitu terhadap pelakon berusia 25 tahun itu.

“Kali terakhir kami bertemu pun beberapa hari lalu ketika terserempak di pusat beli-belah.

“Jadi tidak mungkin saya mengatakan sesuatu seperti itu memandangkan kami hanya terserempak,” jelasnya.

Selain itu, Fauziah tidak melihat perkara itu sengaja ditimbulkan oleh Aman untuk menaikkan popularitinya dalam bidang seni kerana sepanjang dirinya mengenali pemuda itu merupakan seorang yang baik budi pekertinya. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer