KUANTAN : Dua wartawan wanita akhbar Sinar Harian cemas setelah rumah sewa mereka diceroboh oleh seorang pencuri dalam satu kejadian petang kelmarin.
Lebih mendebarkan, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an sempat bersembunyi di dalam rumah mereka selama lebih empat jam sebelum ditemui penduduk setempat dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Aswany Omar, 37, yang merupakan Ketua Biro Sinar Harian Pahang berkata, kejadian pada pukul 6.15 petang itu disedari rakan serumahnya, Erma Yusnida Jusoh, 31, yang merupakan wartawan di akhbar sama. – Kosmo
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.