Hari ini merupakan hari yang mendung buat peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris yang menyokong pasukan Manchester United.
Maklumlah, MU telah kalah dibenam oleh Chelsea 3 – 0 dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, di Stamford Bridge.
Selain terpaksa menerima hakikat kekalahan pasukan pilihan, derita paling besar yang perlu dihadapi penyokong MU sudah tentulah membaca status-status rakan di timeline media sosial pagi ini.
Tak hairanlah, ada yang mengambil keputusan untuk mengabaikan Facebook atau Twitter buat sementara waktu.
Seperti diketahui kebanyakan orang, salah seorang penyokong tegar MU adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Mungkin rasa berbulu melihat status-status yang membahankan MU tak habis-habis dari awal pagi tadi agaknya, akhirnya KJ menyuarakannya di Twitter.
Benci ah timeline pagi ni. Macam takde topik lain. Salam berambus, haters #GGMU #DuluKiniSelamanya
Sudah tentu, KJ hanya bergurau malah dia turut mengulang tweet yang meminta supaya dia ‘chill’ sahaja menerima kekalahan tersebut.
Apa pun, YB Rembau ni memang sempoi kan? – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.