Cheras : Seorang wanita berusia 28 tahun bukan saja dibelasah sebaliknya diugut bunuh tunangnya dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Tasik Permaisuri, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa dipukul tunangnya juga berusia 28 tahun selepas wanita terbabit merninta untuk memutuskan pertunangan mereka.
Menurut sumber, mangsa dipukul di laman rumah tunangnya dan mengalami kecederaan di badan dan kepala.
“Sebelum kejadian, mangsa pergi ke rumah tunangnya itu kerana mahu beibincang
Selepas wanita itu meminta untuk memutuskan pertunangan, lelaki itu yang gagal mengawal kemarahan terus menampar dan menumbuk mangsa,” katanya.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital herhampiran untuk mendapatkan rawatan, namun hanya dirawat sebagal pesakit luar.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini. – Informasi Dot My
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.