Breaking News
Loading...
Friday, 27 December 2013

Saya Tahu Keluarga Kecil Hati – Nabila Huda

12:40:00
Saya Tahu Keluarga Kecil Hati – Nabila Huda

Lebih kurang sebulan yang lepas, penyanyi rock negara, Amy Search pernah mengejutkan para peminat dengan berita dirinya yang diisytiharkan muflis.

Perkara itu mula diketahui umum sebaik sahaja dokumen yang tertera nama penuh Amy iaitu Suhaimi bin A. Rahman jelas menyatakan penyanyi tersebut gagal melunaskan hutang berkaitan sebuah konsert jelajah Search sekitar tahun 2009 tersebar di media cetak dan elektronik.

Namun tanpa disangka, Nabila Huda sebenarnya langsung tidak tahu mengenai berita itu sehinggalah ditanya oleh seorang wartawan di sebuah majlis di Damansara tempoh hari.

Dalam nada terkejut, Nabila yang lebih mesra disapa Abil menyatakan tidak diberitahu oleh sesiapa mengenai perkara itu. Malah dirinya juga sudah terlalu lama tidak membaca berita di laman-laman portal kerana sibuk menjalani penggambaran.

Saya tak tahu pasal papa muflis. Ini baru saya tahu. Papa pun tak pernah cerita, mungkin dia tak nak saya risau.

Menurut Abil lagi, kesibukan bekerja sedikit sebanyak menyebabkannya tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan lebih kerap.

Saya tahu papa dan yang lain kecil hati sebab saya jarang ada bila diperlukan. Bila mereka ajak makan bersama, saya pula terikat dengan jadual penggambaran.

Dalam masa yang sama, ibu tunggal ini turut berkongsi mengenai kisah percintaannya yang baru berputik bersama seorang jejaka.

Bagaimanapun kali ini Abil enggan bercerita lanjut mengenai identiti lelaki tersebut kerana tidak mahu kisah cintanya dimanipulasi oleh sesetengah pihak.

Saya sebenarnya teruja nak kongsi kisah cinta baru ini. Tapi saya dah tetapkan azam tak mahu lagi dedahkan kisah peribadi terutamanya hal cinta kepada umum.

Saya belajar daripada pengalaman, Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba ambil kesempatan dengan putar belit cerita.

Walaupun begitu, dramatis ini mengakui semakin bahagia dengan kekasih baru yang dirasakan cukup sempurna di matanya.

Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan. Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini.

Beralih kepada soal kerjaya, Abil akan mula menemui peminat drama tempatan menerusi sebuah karya baru di slot Akasia TV3 berjudul Ariana Rose.

Drama adaptasi novel itu akan mula bersiaran pada 30 Disember 2013 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam. Apapun untuk mereka yang meminati Abil, jom lihat foto-foto terbarunya di bawah ini. – Informasi Dot My

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer