Tuesday, 31 December 2013
LANA Nordin hari ini telah mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah menerima lamaran daripada Johan As’ari.
Memetik laporan sebuah media massa hari ini, Lana menyatakan bahawa Johan sama sekali tidak pernah membawa beliau bertemu dengan keluarganya.
“Memang tak pernah.
“…saya faham untuk kenal-kenal ini memang ambil masa, tapi dia (Johan) tiada usaha ke arah itu,kalau nak tahu kakak Johan pernah cakap, bahawa keluarga dia tidak pernah halang hubungan kami.
“Mereka cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun diatidak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau dia yang mereka-reka cerita,” katanya.
Menggulas lanjut mengenai perwatakan Johan, Lana menegaskan bahawa hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.
“Menyentuh perwatakan Johan, saya tidak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama.
“…saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pebimbing yang baik untuk saya..tapi sebaliknya berlaku.
“…Cuma saya dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.
“…saya memang nampak macam wanita urban dan sosial tapi demi ALLAH, saya rasa saya lebih suci daripada dia,” katanya. – Sinar Harian
Related Posts
Johan As’ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing
PETALING JAYA : Pelakon Johan As’ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesalahan besar se...
Hefny Belum Sedia Bernikah Dengan Nad Zainal Akibat Tekanan Keluarga?
KUALA LUMPUR : Hubungan cinta antara Hefny dan Nad Zainal telah memberi tempias yang negatif kepada keluarga Hefny apabila diganggu pelbaga...
Awek ‘Blonde’ Kekasih Baru Aliff Aziz?
MEMANG pantas sungguh Aliff Aziz mencari ‘teman pengganti’ bagi mengisi kekosongan hatinya. Melalui beberapa gambarnya bersama seorang gadis b...
Sharnaaz Memang Tangkap Cintan Dengan Nelydia?
Nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi perbualan hangat peminat industri seni tanah air apabila dia kini dikatakan mempunyai persengketaan...
Hanez Suraya – ‘Saya Bukan Perampas’
UMUM tahu bahawa Hanez Suraya sudah merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan pada tahun ini. Tapi, ada pula&n...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.