Sejak berita pernikahan pasangan selebriti ini diketahui umum, rasanya belum pernah lagi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bercuti bersama. Barangkali masing-masing sibuk menguruskan rumahtangga dan kerjaya dalam masa yang sama.
Namun sejak semalam, Aeril dan Wawa dilihat aktif berkongsi foto-foto mereka bersama putera kesayangan, Ahmad Fakharuddin Attar di kota London.
Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram, kedua-duanya kelihatan cukup bahagia bagaikan pasangan remaja yang baru bercinta.
Gelagat Wawa yang kesejukan di London. Comel kan?
Bagaimanapun, ada yang berpendapat pemergian mereka ke sana untuk menjalani penggambaran berdasarkan kepada caption ‘Lost in London’ yang ditulis Aeril di setiap fotonya.
Mungkin pelakon kacak itu sengaja menulis caption yang agak dramatik tanpa memberi maksud apa-apa. Siapa tahu kan? Apapun buat semua peminat pasangan ini, jom lihat foto-foto percutian mereka di bawah.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.