MINGGU lalu, aktres Fasha Sandha ada memuat naik sebuah video di Instagram miliknya iaitu @fashasandha. Video berkenaan memaparkan visual Fasha dan aktres Nora Danish sedang bermain permainan lari dalam guni pada majlis hari jadi anak saudara Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Bagaimanapun, video yang dimuat naik Fasha itu menimbulkan kontroversi dan mendapat kritikan hebat daripada pengikut-pengikut Instagram Fasha apabila terdapat visual Nora menarik seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali sebagai Dre sebelum meninggalkannya dalam keadaan hampir terjatuh.
Dre merupakan anak tunggal lelaki yang kini akrab dengan Nora dikenali sebagai Nedim.
Banyak yang mengeji dan mengkritik perbuatan Nora itu. Pada masa sama, ada juga peminat Nora yang mempertikaikan motif Fa- sha memuat naik video berkenaan.
Fasha yang ditemui sewaktu menjadi juri sebuah program realiti mencari wartawan akhbar, televisyen dan radio itu mengulas lanjut mengenai video berkenaan dan turut bercerita mengenai perkembangan terkininya.
Kosmo!: Bagaimanakah perasaan anda dilantik sebagai juri program realiti berkenaan?
FASHA: Saya sebenarnya berasa bangga diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai juri program realiti pencarian wartawan buat pertama kalinya.
Saya sebenarnya tidak suka menilai orang tetapi bila diberi kepercayaan melalui pengalaman yang ada, saya ambil dan berjanji untuk menjadi juri yang baik.
Adakah sukar untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri?
Bagi saya bukan mudah tetapi saya tidak akan menilai orang begitu sahaja, sebaliknya menilai hasil kerja mereka.
Minggu lalu anda ada memuat naik video yang memaparkan Nora Danish meninggalkan Dre dan hampir membuat dia terjatuh. Video berkenaan mengundang kontroversi dan kritikan hebat daripada peminat yang marah dengan tindakan Nora itu. Bolehkah anda komen sedikit?
Komen-komen tersebut tidak menyakitkan hati saya, sebalik- nya menyakitkan hati pihak di sebelah sana (pihak Nora). Orang tidak kutuk saya tetapi kutuk dia. Bagaimanapun, saya sudah buang video berkenaan daripada Instagram saya.
Apakah motif anda memuat naik video berkenaan jika ia boleh mengundang kontroversi?
Pada saya tiada apa yang salah dengan video berkenaan. Ia cuma permainan ketika sambutan hari jadi di rumah mertua.
Selalunya sebelum memuat naik gambar atau video kita akan menontonnya terlebih dahulu. Kenapa anda masih ingin memuat naik video tersebut?
Sebab saya mahu melindungi dia (Nora), jadi saya mengambil keputusan memadamkan video berkenaan. Saya buang sebab mahu melindungi dia.
Maaf, kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan perkara ini sebab hubu- ngan kami sudah baik. Lagipun, bukan saya yang muat naik video berkenaan, sebaliknya pengurus saya.
Apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang seni?
Saya baru habis penggambaran slot Cerekarama berjudul Racun Ibu di samping Farid Kamil. Sekarang, saya sedang menjalani penggambaran slot Samarinda berjudul Miranda untuk TV3.
Drama tersebut untuk tayangan bulan Januari 2014 dan saya berlakon di samping Dazrin dan Datuk Eizlan Yusof. Saya juga sedang mempromosikan produk Slim World sebagai duta dan juga menjadi model untuk satu bara- ngan kemas. Saya juga bakal dilantik sebagai duta untuk produk kecantikan dan tidak boleh beritahu produk apa lagi buat masa ini.
Anda dilihat kembali laris selepas berkahwin dan mempunyai anak. Komen anda?
Saya anggap semua ini adalah rezeki anak saya iaitu Putra Rayfal dan juga anak tiri saya, Putra Rayqal.
Apakah perasaan anda memperoleh kehidupan bahagia dan juga kerjaya lakonan yang stabil?
Sebenarnya saya buat semua ini (berlakon) bukan lagi kerana duit tetapi kerana minat. Dulu saya akui terlampau aktif menerima semua tawaran yang datang. Namun sejak menjadi ibu, saya sudah tapis beberapa tawaran yang datang. Contohnya, saya dapat dua projek dalam masa yang sama iaitu slot Sama- rinda dan juga sebuah drama 40 episod. Saya terpaksa menolak drama 40 episod itu kerana ia melibatkan tempoh yang panjang.
Seiring dengan kehidupan anda kecapi sekarang, kontroversi juga semakin kurang. Apakah komen anda?
Apa yang berlaku itu saya anggap sebagai lumrah. Keutamaan saya kini lebih kepada anak. Mungkin mereka nampak diri saya sebagai ibu dan kontroversi juga berkurangan.
Bila sudah menjadi ibu dan usia semakin meningkat, bagaimanakah pula dengan watak-watak yang ditawarkan. Adakah anda selektif dalam pemilihan watak?
Saya tidak kisah apa jua watak yang ditawarkan kepada saya, waima nenek sekalipun. Saya cuma selektif dari segi skrip dan jalan cerita. – Kosmo
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.