Breaking News
Loading...
Friday, 10 January 2014

UNGU Bakal Terbang Lagi Ke Malaysia

12:38:00

UNGU Bakal Terbang Lagi Ke Malaysia

Siapa yang tidak pernah mendengar lagu yang dinyanyikan oleh UNGU? Antara lagu yang pernah menjadi fenomena termasuklah lagu berjudul ‘Tercipta Untukku’ dan ‘Andai Kutahu’.
Terbaru, pada tanggal 28 Februari depan, Ungu sekali lagi akan terbang ke Malaysia bagi menghiburkan peminat mereka di konsert ‘UNGU LIVE Di Malaysia 2014′.
Ungu yang dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu Pasha, Makki, Oncy, Rowman, dan Enda ini pernah membuat persembahan sebanyak 3 kali di sini sebelum ini.
UNGU Bakal Terbang Lagi Ke Malaysia
Pihak penganjur dan penaja sempat mengambil gambar sejurus tamat sidang media
Konsert yang akan diadakan di Star Stage, Kenanga Wholesale City (KWC) Kuala Lumpur ini dijangka akan menarik lebih 9000 orang peminat setia band tersebut.
UNGU Bakal Terbang Lagi Ke Malaysia Sebagai langkah promosi, penganjur akan memberi 15% diskaun kepada individu yang membeli tiket dari tarikh 9 hingga 16 Januari. Selain itu, 25 orang peminat bertuah juga akan dipilih untuk sesi beramah mesra mereka pada hari berlangsungnya konsert berkenaan.
Bagi mereka yang ingin melihat persembahan band ini secara langsung, anda boleh mendapatkan tiket secara online di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM98, RM138, RM188 dan RM238.

OHBULAN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer