Breaking News
Loading...
Sunday, 12 January 2014

Tuah Kasanova Beranak Banyak

14:15:00
Tuah Kasanova Beranak Banyak

London : Seorang pengedar dadah terlepas daripada hukuman penjara apabila hakim membenarkan permohonannya untuk menjaga seorang daripada 22 anaknya di rumah. Lelaki dari Cumbria, Raymond Hull, 58, sepatutnya menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas ditahan bersama sejumlah ganja.

Bagaimanapun, seorang hakim menggantung hukuman itu selepas dimaklumkan Hull terpaksa membantu teman wanitanya Emma McNeil, 26, menjaga anak mereka Barry berikutan kekasihnya itu perlu kembali bekerja.

Mahkamah juga diberitahu Hull mempunyai 22 anak hasil hubungannya dengan 11 wanita berbeza.

Hakim turut mengarahkan Hull menjalani perintah berkurung dari jam 6 malam hingga 6 pagi selama enam bulan selain membayar denda £200 (RM1,073).

Hull sebelum itu mendakwa memerlukan ganja berkenaan untuk masalah pernafasan dialaminya.
Dia yang mempunyai 19 cucu dan tidak bekerja sejak 10 tahun lalu.

Menjelaskan jumlah anak dan kekasih yang menjalin hubungan dengannya, Hull berkata, ia berlaku secara semula jadi. “Saya sering menjadi buruan wanita,” katanya.

Anak pertama Hull – kini berusia 42 tahun dilahirkan satu-satunya wanita yang pernah dikahwininya.
Ketika itu Hull baru berusia 16 tahun.

Malah Hull hanya ingat tarikh lahir seorang daripada anaknya itu, manakala ramai daripada mereka juga tidak mengetahui dia ayah mereka.

“Saya tidak pernah mengejar wanita, sebaliknya mereka yang mencari saya.

“Tidak tahu apa yang mereka minati, namun saya tidak pernah kekurangan teman,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer