Breaking News
Loading...
Friday, 10 January 2014

Trailer : Jack Ryan Kesinambungan Tragedi 9/11?

11:02:00

Trailer : Jack Ryan Kesinambungan Tragedi 9/11?

Anda seorang yang gemarkan filem bergenre aksi ngeri? Filem Jack Ryan pastinya filem yang wajib ditonton oleh anda luar sana.
Menampilkan pelakon Chris Pine(Jack Ryan) sebagai watak utama, filem ini bermula apabila Jack Ryan telah dilantik sebagai penganalisa di CIA selepas penglibatannya di Afghanistan berhubung tragedi 9/11.
Segalanya berubah apabila Jack Ryan menemui bukti wujudnya perancangan dari  Rusia untuk menjatuhkan ekonomi Amerika Syarikat melalui serangan pengganas. Daripada tugas seorang penganalisa, Jack Ryan akhirnya bertukar menjadi seorang perisik demi untuk menggagalkan rancangan tersebut.
Trailer : Jack Ryan Kesinambungan Tragedi 9/11?Antara aksi-aksi cemas dalam filem ini.
Watak utama filem Jack Ryan ini adalah berdasarkan watak asal yang diilhamkan oleh Tom Clancy.
Selain Chris Pine, filem ini turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat yang lain termasuklah Kevin Costner, Keira Knightley dan Kenneth Branagh.
Filem terbitan Paramount Pictures ini pastinya sangat berbaloi untuk mereka yang gemar menonton adegan penuh aksi yang berlatar belakangkan penyiasatan.

OHBULAN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer