Breaking News
Loading...
Thursday, 9 January 2014

The Devil Wears Prada Bakal Gegar KL!

22:16:00

The Devil Wears Prada Bakal Gegar KL!

Perhatian kepada peminat fanatik band The Devil Wears Prada! Sila kosongkan jadual anda pada 1 Februari ini kerana band Amerika yang terdiri daripada 5 orang anak muda ini bakal menggegarkan Kuala Lumpur di konsert KL live 2014!
Konsert yang bakal diadakan di Jalan Sultan Ismail pada jam 8.30 malam ini merupakan kunjungan pertama band ini ke Malaysia dan ianya memang saat yang amat dinantikan oleh peminat mereka.
Setakat ini band yang mula ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah naungan Roadrunner Records ini telah menghasilkan lima buah album penuh, antaranya ialah ‘Dear Love: A Beautiful Discord’, ‘Plagues’ dan ‘With Roots and Branches Below’.
The Devil Wears Prada Bakal Gegar KL! Gambar rasmi untuk poster KL Live 2014
Ditanya mengenai spekulasi nama band ini yang dikatakan meniru tajuk sebuah filem, mereka menjelaskan bahawa band ini telah ditubuhkan sebelum filem tersebut dilancarkan lagi.

OHBULAN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer