Breaking News
Loading...
Wednesday, 15 January 2014

Penyelia Maut Akibat Injap Paip Terpelanting Ke Muka

15:20:00
Penyelia Maut Akibat Injap Paip Terpelanting Ke Muka

MELAKA : Seorang penyelia loji gas menemui ajal apabila saluran injap yang menyambungkan hos tiba-tiba tercabut ketika proses pemindahan gas ammonia dilakukan dan terpelanting ke mukanya di Kawasan Perindustrian Tangga Batu di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.15 pagi itu mangsa yang dikenali sebagai Muthu Krishnan, 53, dari Kota Laksamana cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, ekoran kejadian itu, seorang lagi lelaki yang juga pemandu treler di loji itu dikejarkan ke hospital sama bagi menerima rawatan lanjut selepas terhidu gas ammonia.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.19 pagi dan seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Kubu dan Ayer Keroh bersama tiga jentera termasuk sebuah jentera Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi kejadian. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer