JIKA anda menaiki pesawat dalam satu penerbangan pada masa ini, perbuatan merokok adalah dilarang di dalam pesawat kerana ia boleh mengakibatkan kebakaran seterusnya membahayakan nyawa para penumpang di dalam penerbangan bekernaan.
Di Australia, seorang lelaki Jerman berusia 54 tahun terpaksa diikat di kerusi di dalam pesawat Emirates dalam penerbangan dari Singapura ke Brisbane kerana menghisap rokok, Khamis lepas.
Jorg terpaksa diikat kerana dia telah berkali-kali cuba menyalakan rokoknya dan juga dia turut memarahi kru kabin penerbangan yang melarangnya daripada terus menghidupkan api rokoknya.
Sebaik pesawat Emirates itu mendarat di Brisbane, Australia pihak berkuasa tempatan Australia bertindak menahan Jorg dan mendakwanya dengan pelbagai kesalahan.
Dia didakwa, atas kesalahan merokok dalam kapal terbang, menyerang kru kabin dan mengganggu tugas anak kapal.
Menurut syarikat penerbangan Emirates, mereka mengesahkan seorang penumpang dalam penerbangan EK432 dari Singapura terpaksa diikat di kerusinya kerana sebuah insiden ketika penerbangan dalam satu kenyataan.
“Kami mendapatkan bantuan Polis Persekutuan Australia untuk menahan penumpang itu setibanya di Lapangan Terbang Brisbane, Keselamatan penumpang dan kru merupakan yang terpenting bagi kami.
“Kes berkenaan sudah pun dibicarakan di mahkamah dan Emirates tidak akan mengulas lebih lanjut,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.