LOS ANGELES : Pengeluar kosmetik L’Oreal telah dituduh menggunakan photoshop keterlaluan terhadap gambar aktres Diane Keaton ketika dia muncul dalam iklan untuk produk L’Oreal Age Perfect Glow Renewal Oil.
Ini kerana, wajah Keaton ketika dalam iklan tersebut amat berbeza ketika dia muncul di pentas Golden Globes, semalam.
Meskipun Keaton, 68, kelihatan menarik pada majlis berprestij tinggi itu, namun wajahnya jelas menggambar bahawa aktres tersebut tidak menggunakan botox.
Malah wajah Keaton dipenuhi dengan kedutan, berbeza dengan wajahnya yang bebas kedutan serta tidak dimakan usia dalam iklan serum kedutan L’Oreal.
Kritikan tersebut disuarakan melalui media sosial apabila orang ramai membuat perbandingan wajahnya itu, sebaik sahaja dia muncul di pentas.
L’Oreal merupakan penaja rasmi penyiaran Golden Globes tahun ini. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.