Breaking News
Loading...
Wednesday, 1 January 2014

Liyana Jasmay Gelakkan Zizan

17:07:00
Liyana Jasmay Gelakkan Zizan

BARU-BARU ini, ketika sedang asyik melayan gambar-gambar bulan madu Che Ta dan Zain Saidin, Mizz Lahar dikejutkan dengan mesej yang diterima melalui aplikasi Whatsapp.

Rupa-rupanya sepupu Mizz Lahar, Lady M yang hantar mesej.

Cerita Lady M, sewaktu dia datang ke majlis pratonton filem Tokan di DamansaraKuala Lumpur baru-baru ini, ada satu adegan yang agak memalukan telah berlaku antara dua pelakon yang memegang salah satu watak utama dalam filem arahan Ghaz itu.

Kisahnya, pelakon, Liyana Jasmay telah mentertawakan Zizan Razak kerana salah menyebut perkataan bahasa Inggeris.

Sudahlah mentertawakan kelemahan orang lain, perbuatannya itu dilakukan di hadapan khalayak ramai ketika sidang akhbar sedang berlangsung.

Kata Lady M, sebaik sahaja Zizan perasan tindakan pelakon yang kini sedang mengandung anak pertamanya itu, dia segera bertindak profesional dengan membuat lawak supaya keadaan tidak menjadi tegang.

Liyana Jasmay Gelakkan Zizan

Mizz Lahar sedikit terkejut apabila mendengar cerita ini. Tetapi, Mizz Lahar beritahu Lady M, mungkin Liyana berniat untuk bergurau sahaja.

Lagipun, Zizan juga terkenal dengan sikap bersahaja dan sering bergurau dengan artis lain. Semua orang mungkin ada cara yang tersendiri untuk bergurau senda, artis-artis juga tidak terkecuali.

MIZZ LAHAR: Ada dua penyampai radio yang bernikah minggu lalu – seorang menjemput pihakmedia sementara seorang lagi menyorok daripada media. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer