Breaking News
Loading...
Sunday, 12 January 2014

Linda Onn Kongsi Gambar Nikahnya

14:24:00
Linda Onn Kongsi Gambar Nikahnya

DUA minggu lalu agak panas sedikit dengan cerita deejay popular, Linda Onn yang tidak membenarkan media mengambil visual sewaktu majlis pernikahannya di Bukit Indah, Ampang.

Bukan itu saja, dia juga enggan bertemu media untuk ditemuramah dengan alasan majlis tersebut merupakan majlis tertutup.

Akhirnya, melalui akaun Instagramnya hari ini, Linda memuatnaik gambar pernikahannya dengan Ungku Azhar Muhammad Maznan.

Ia juga disertakan dengan ayat:

“Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi.Thank u hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love u like a love song..muahhh!! #hugs #kisses #love #nikah #LoveFromBothOfUs.”

Memang sama cantik, sama padan kedua-duanya.

Apa pun, semoga ikatan antara kedua-duanya kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang comel selepas ini.

Tapi, agak-agak nanti kalau dah dapat anak, nak sorok juga ke? Hmm… – MyNewsHub

Linda Onn Kongsi Gambar Nikahnya

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer