Rasanya macam baru semalam kecoh pasal hubungan singkatnya dengan aktor Johan As’ari putus di tengah jalan, tup-tup kini dengar khabar pelakon seksi, Lana Nodin sudah pun berjumpa pengganti bekas kekasihnya itu.
Menerusi ruangan gosip sebuah akhbar mingguan hari ini, menyatakan Lana kini sedang meniti fasa bahagia bersama seorang doktor berdarah campuran Pakistan dan mat saleh yang berkhidmat di Amerika Syarikat.
Perkenalan keduanya dikatakan bermula di Pulau Pinang dan Lana pun ada menyertakan sekeping gambar jambangan bunga ros yang diterimanya di laman Instagram, baru-baru ini.
Nampaknya memang Lana hot seperti pisang goreng panas!
Belum sempat mengubat lara di hati, sudah ada yang menyambar untuk menjadikannya sebagai teman istimewa.
Itulah, mungkin ada hikmah di sebalik kisahnya bersama Johan dahulu.
Mana tahu jejaka kali ini merupakan jodoh abadi buat Lana kan.
Kita doakan yang terbaik sahaja buat aktres ini ya! – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.