Breaking News
Loading...
Friday, 10 January 2014

Lagu Yuna Calon Awal Anugerah Oscar

11:10:00

Lagu Yuna Calon Awal Anugerah Oscar

Sudah semestinya mencipta nama di industri muzik antarabangsa menjadi satu impian besar buat semua artis Malaysia.  Terbaru, lagu ‘Shine Your Way’ nyanyian Yuna bersama Owl City telah tercalon dalam senarai awal anugerah Oscar ke-86.
Menurut laporan Berita Harian, Yuna ataupun nama sebenarnya Yunalis Zarai berasa teruja dengan pengiktirafan yang diterima melalui lagu ciptaan Adam Young ini.
“Walaupun saya hanya berduet dalam lagu ini, namun saya sangat gembira dan teruja kerana lagu ini terpilih ke Oscar. Harapan saya dapat terus menyumbang lebih banyak lagi bakat saya dalam filem akan datang, tidak kira di Hollywood atau Malaysia.”
Lagu Yuna Calon Awal Anugerah Oscar Lagu dendangan Yuna dan Owl City tercalon dalam senarai awal anugerah Oscar ke-86
Lagu ‘Shine Your Way’ yang juga merupakan runut lagu rasmi filem animasi The Croods ini dicalonkan untuk senarai awal kategori Original Song.

OHBULAN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer