Breaking News
Loading...
Sunday, 12 January 2014

Kemalangan Lotus Elise, Pemandu Cedera Parah Biarpun Kereta Hancur

00:03:00
Kemalangan Lotus Elise, Pemandu Cedera Parah Biarpun Kereta Hancur
Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta sport berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Pagoh menuju ke arah Tangkak tengahari tadi.

Ia berlaku di KM147.2 lebuhraya berkenaan melibatkan kereta jenis Lotus Elise.

Jika dilihat pada gambar, bumbung kereta mangsa kelihatan seperti sudah tercabut tetapi sebenarnya ia adalah rekaan asal kereta jenis itu yang tidak berbumbung.

Kemalangan Lotus Elise, Pemandu Cedera Parah Biarpun Kereta Hancur

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1 tengahari tadi melibatkan mangsa seorang warga Singapura.

Terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kemalangan ini. Nasib pemandu Lotus Elise berkenaan masih belum diketahui statusnya.

Kemaskini Pukul 6.08 Petang

Susulan kemalangan tengahari tadi, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Pemandu Lotus itu cedera parah di beberapa bahagian badan sudah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Aminah di Muar, Johor untuk rawatan kecemasan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer. – MyNewsHub
Kemalangan Lotus Elise, Pemandu Cedera Parah Biarpun Kereta Hancur

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer