Breaking News
Loading...
Thursday, 9 January 2014

Google Rai Ulang Tahun Kelahiran Yasmin Ahmad

22:13:00
Google Rai Ulang Tahun Kelahiran Yasmin Ahmad

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Itulah perumpamaan yang sesuai digunakan untuk menggambarkan pengarah tersohor Yasmin Ahmad.

Ini kerana Yasmin merupakan rakyat Malaysia pertama yang diberi pengiktirafan oleh syarikat ejen pencarian sedunia, Google apabila doodle dengan wajah Yasmin tertera di muka depan Google pada hari ini sempena ulang tahun kelahirannya hari ini.

Yasmin yang dilahirkan pada 1958 di Muar, Johor ini merupaan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.

Banyak karya-karyanya berjaya meraih perhatian peminat industri perfileman antaranya Sepet, Gubra dan Muallaf.

Yasmin meninggal dunia pada 25 Julai 2009 akibat penyakit angin ahmar dan pendarahan dalam otak.
Al-Fatihah untuk arwah. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer