Jika kebiasaannya hari lahir hanya disambut sehari sahaja namun tidak buat Putra Rayqal Ramli. Anak kepada aktres terkenal, Nora Danish telah diraikan sebanyak tiga kali oleh ibunya sendiri dan ahli keluarga terdekat.
Lebih kurang enam hari lalu, Nora telahpun menyambut ulang tahun kelahiran putera tunggalnya dengan bekas suami, Rizal Ashram atau Jejai yang jatuh pada 7 Januari 2014 dengan mengadakan majlis doa selamat.
Selang beberapa hari kemudian, Fasha Sandha pula meraikan Rayqal dalam sebuah majlis ringkas disertai Jejai dan rakan-rakan Rayqal.
Namun tidak cukup dengan itu, Nora sekali lagi mengadakan sebuah majlis besar-besaran yang dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Umie Aida, Erra Fazira dan semestinya teman lelaki Nora iaitu Nedim.
Majlis hari jadi bertemakan Surf Up itu telah diadakan semalam di Ampang dan disempurnakan dengan pelbagai permainan seperti gelongsor air, senapang air dan sebagainya.
Meskipun Rayqal dipercayai tidak berapa sihat pada hari itu, namun nampaknya majlis berkenaan berjalan dengan lancar melihat kepada keterujaan kanak-kanak itu bermain air bersama ibunya dan Nedim.
Menerusi beberapa foto yang dikongsikan oleh Nora di laman Instagram, selebriti ini dilihat cuba memberikan kenangan paling manis untuk anaknya dengan mendapatkan khidmat perancang parti dan jurufoto rasmi untuk mengabadikan momen indah tersebut.
Di bawah ini kami kongsikan beberapa keping foto parti hari jadi Rayqal untuk tatapan anda. Agak-agaknya ada lagi tak sambutan untuk Rayqal selepas ini?
Kredit foto: Instagram Nora Danish, Erra Fazira & Umie Aida
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.