Tidak cukup bercuti di dalam negara, aktres cilik Elfira Loy kini dikatakan sedang melancong ke luar negara iaitu negara kegemaran ramai, Korea.
Aktres ini dikatakan cukup bekerja keras kerana hari-hari ada sahaja gambar terbarunya di tempat-tempat yang berbeza yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Bertuah, bukan?
Namun, ada berita yang tidak sedap didengar. Ketika dalam perjalanan ke Korea, salah satu bagasi yang membawa keperluan penting seperti makanan dan telekung milik Elfira dikatakan telah hilang. Ekoran kes tersebut, Elfira terpaksa menunaikan solat dengan menggunakan pakaian yang sedia ada.
Bagaimanapun, bagasi tersebut dipercayai telah dijumpai beberapa hari selepas kejadian oleh syarikat penerbangan yang dinaikinya iaitu Air Asia.
Tak puas melihat gambar-gambar Elfira Loy melancong ke Korea? Lihat galeri yang disediakan, anda pasti teruja.
Sumber: Instagram Elfira Loy.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.