CHINA : Penduduk di negara ini dikejutkan dengan pengakuan seorang doktor wanita bahawa dia mencuri bayi yang baru lahir dan menjual mereka kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Doktor tersebut, Zhang Shuxia yang merupakan seorang yang dihormati oleh penduduk di Shaanxi, memberitahu dia mengambil bayi tersebut di hospital selepas menipu kepada ibu bapanya bahawa bayi terbabit mengalami kecacatan otak.
Zhang berkata, selepas itu dia memujuk mereka supaya menandatangani dokumen bahawa mereka menyerah bayi tersebut kepadanya.
Dia yang bertugas menyambut bayi di Hospital Bersalin dan Kanak-kanak Fuping itu membuat pengakuan tersebut di mahkamah.
Perbuatan keji Zhang itu terbongkar apabila seorang ibu yang berasa curiga telah melaporkan kepada polis pada bulan Julai lalu.
Doktor tersebut dilaporkan membawa anak wanita tersebut ke rumahnya dan menjual bayi itu kepada seorang lelaki dengan harga $3,600 pada malam yang sama.
Lelaki itu kemudiannya menjual pula bayi itu kepada seorang penduduk kampung pada harga $9,900.
Beberapa suspek yang lain juga telah ditangkap di beberapa daerah. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.