Tiada Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Selatan Thailand
KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam siri letupan di selatan Thailand pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan dua warga Malaysia merupakan antara lebih 20 orang yang cedera dalam satu siri serangan bom di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia.
"Saya sahkan tiada langsung warga Malaysia cedera dalam letupan itu," kata Hamzah ketika dihubungi Bernama Ahad malam.
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.