KUALA LUMPUR: Bekas pasangan selebriti popular iaitu Rita Rudaini dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan yang telah disahkan berpisah pada September lalu nampaknya masih lagi dibelenggu kes tuntutan nafkah yang masih dalam perbincangan pihak mahkamah.
Rita Rudaini, 37, telah membuat tuntutan nafkah keatas dua cahaya mata yang dikurniakan sepanjang bergelar isteri kepada Aidil Zafuan sejak tahun 2008, yang mana kini berada di bawah jagaannya sejak daripada awal pergolakan rumahtangganya dengan Aidil.
Tuntutan bulanan yang dikemukan Rita berjumlah RM5,392 sebagai nafkah untuk Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di mahkamah baru-baru ini khabarnya telah dipertikaikan oleh pihak Aidil. Dia malah menyifatkan tuntutan tersebut sebagai tidak munasabah namun ditempelak oleh Rita yang membalasnya dengan mempersoalkan tanggungjawab Aidil sebagai seorang bapa yang berkemampuan.
“Kalau dia (Aidil) nak pertikaikan tuntutan nafkah saya itu, dia patut tahu bahawa saya mintak nafkah tersebut bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak dia. Saya telah bertolak ansur kerana saya sebagai penjaga tidak membuat sebarang tuntutan. Jumlah tersebut adalah untuk kedua-dua anaknya yang kini berada dalam jagaan saya.
“Untuk apa saya kemukakan angkah atau jumlah tuntutan yang tidak masuk akal kalau saya tahu dia tidak mampu. Dia berkemampuan dan saya tidak nampak sebarang situasi yang boleh dianggap tidak munasabah.
“Sudah semestinya ia meliputi semua perbelanjaan yang diperlukan oleh kedua anak-anak saya itu. Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak dan itu pun dah diskaun kerana saya punya mata pencarian sendiri,” bidas Rita mengenai kenyataan yang dikeluarkan bekas suaminya itu terhadap tuntutan nafkah anak oleh aktres berkenaan.
Dalam pada itu Rita Rudaini yang baru sahaja habis tempoh edah itu turut dihujani dengan pertanyaan dan diminta mengulas mengenai perkembangan bekas suaminya itu yang kini dilaporkan bakal mendirikan rumahtangga dengan teman wanitanya.
Namun begitu, Rita yang nyata tidak terkejut dengan berita itu enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta supaya masyarakat menilai sendiri perkara tersebut.
Kisah perhubungan Aidil serta gadis bernama Zarema sudah lama diperkatakan dan disebut antara punca keretakan hubungan Aidil dan Rita. Berita perkahwinan itu sekali gus membuktikan bahawa khabar angin percintaan pasangan itu sememangnya benar.
Aidil dan Rita telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki dikatakan mengalami masalah kerana tidak mendapat restu kedua ibu bapa kepada Aidil Zafuan.
Murai
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.