Sebaik pelakon sedang mencipta nama, Johan As’ari mengumumkan mahu melamar Lana Nordin selepas tiga hari bertemu, pasangan itu menjadi perhatian ke mana saja mereka pergi.
Hubungan mereka dikritik apabila ramai keliru memandangkan sebelum itu, Johan dikatakan intim dengan penyanyi popular, Shila Amzah. Meskipun Johan dan Shila menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih sebagai kenalan rapat, tambahan pula keluarga mereka berdua saling mengenali, ramai masih beranggapan ada sesuatu di antara mereka.
Terbaru, penerbit filem Paku menampilkan Johan sebagai pelakon utama, menyelar Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin kerana menemani Johan menghadiri majlis tayanganperdana filem berkenaan.
Dalam kenyataan yang disiarkan media, penerbit filem itu berkata kehadiran Lana menyebabkan tumpuan wartawan terhadap Paku beralih kepada kisah cinta pasangan itu. Ia dibimbangi mempengaruhi minat penonton untuk menyaksikan filem terbabit di pawagam.
Ditemui sewaktu sesi latihan teater Bahayanya Wanita yang mula dipentaskan di Istana Budaya, Jumaat lalu dan berlangsung hingga 31 Di–sember kelak, Lana ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya dengan kenyataan diberikan.
Metro Online
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.