Breaking News
Loading...
Thursday, 19 December 2013

Banjir di Pahang surut sepenuhnya

00:58:00
KUANTAN: Semua pusat pemindahan banjir di negeri ini sudah ditutup apabila keadaan banjir surut sepenuhnya petang tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, pusat pemindahan di Maran dan Pekan ditutup sepenuhnya jam 3.30 petang. 

Manakala pusat pemindahan di Kuantan ditutup kira-kira jam 6 petang semalam. 

Bagaimanapun Bilik Gerakan Banjir IPK masih lagi dibuka sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir.

Jumlah terakhir mangsa yang dicatatkan adalah seramai 59 mangsa yang ditempatkan di empat pusat pemindahan di Maran dan Pekan. -Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer