BAGI melengkapkan barisan pelakon untuk '47 Ronin', Carl Rinsch, pihak penerbit dan juga teraju utama Keanu Reeves cukup teliti dalam pemilihan barisan pelakon kerana mahu memastikan mereka memilih daripada bintang Asia yang terbaik.
Hasilnya, mereka berjaya memilih sekumpulan pemain yang cukup menarik dan berwarna-warni daripada pelakon veteran kepada calon Oscar dan bintang baru dalam industri muzik Jepun untuk filem ini.
Satu wajah yang tidak asing lagi di dalam filem Jepun dan terbarunya dilihat beraksi di dalam filem blockbuster 'The Wolverine', Hiroyuki Sanada yang pernah menerima enam pencalonan di Japan Academy Prize dan memenanginya dua kali, dipilih untuk membawa watak ketua samurai, Oishi.
Secara tak langsung, Sanada memikul tanggungjawab bagi memastikan versi '47 Ronin' ini setia kepada sumbernya meskipun diperkenalkan elemen baru.
Secara tak langsung, Sanada memikul tanggungjawab bagi memastikan versi '47 Ronin' ini setia kepada sumbernya meskipun diperkenalkan elemen baru.
"Pertama kali saya menonton kisah ini di televisyen ketika saya berusia tujuh tahun. Saya dan abang saya sering berpura-pura kami adalah watak di dalam cerita tersebut. Saat saya menjadi seorang pelakon kanak-kanak, saya selalu terfikir bila saya akan mendapat tawaran memainkan watak Oishi. Lama saya menunggu dan akhirnya bila peluang itu tiba di dalam sebuah filem Amerika, ia satu kejutan yang dialu-alukan!," kongsi Sanada.
"Ada tekanan yang tinggi pada diri saya kerana Oishi sudah dihidupkan sebelum ini oleh ramai pelakon yang saya kagumi tetapi versi ini mempunyai banyak perbezaan dengan yang pernah difilemkan sebelum ini. Emosi dan niatnya sama tetapi di sini, Oishi kelihatan lebih terdedah kepada kelemahan, keraguan dan halangan.
"Terdapat keseimbangan di antara fantasi dan kesahihan dan ini peluang keemasan untuk memperkenalkan kisah ini kepada penonton muda Jepun serta budaya Jepun kepada dunia. Terdapat sesuatu yang boleh dipelajari di dalam cerita ini buat penonton. Ia bukan sahaja sebuah cerita Jepun. Ia kisah tentang penghormatan, persahabatan dan cinta."
Tentang kerjasamanya dengan Keanu, Sanada memberitahu mereka menghabiskan enam bulan berlatih bersama dari dialog ke babak-babak aksi.
"Keanu seorang yang tenang dan penuh hormat. Saya amat menghormatinya sebagai seorang pelakon dan individu."
Selain Sanada, '47 Ronin' turut dibintangi Min Tanaka, Ko Shibasaki, Tadanobu Asano, Rinko Kikuchi, Jin Akanishi, Cary-Hiroyuki Tagawa dan Togo Igawa. -Harian Metro
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.