KUCHING : Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui mati di sebuah bilik di rumahnya yang terletak di sebuah kampung di Jalan Puncak Borneo, awal pagi semalam.
Mangsa dikatakan sempat bersama ahli keluarga yang lain untuk menikmati barbeku sempena perayaan Hari Krismas di rumah neneknya.
Menurut saksi yang juga saudara mangsa, dia melihat mangsa mengambil tali dari dapur rumah sebelum pergi ke biliknya pada jam 12 tengah malam kelmarin.
Katanya, beliau serta beberapa saudara lain bertindak mencari mangsa di bilik tersebut, namun terkejut apabila melihat mayat mangsa tergantung dari siling bilik pada jam 1 pagi.
Laporan polis dibuat pada pagi semalam dan ketika polis memeriksa rumah mangsa, ahli keluarganya telah meletakkan mayat mangsa di dalam peti sejuk sementara menunggu untuk dikebumikan.
Namun begitu, ahli keluarga mangsa diberitahu agar membawa mayat tersebut ke hospital untuk bedah siasat.
Menurut sumber lain, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sepanjang hari tersebut, cuma masih bersedih atas kematian neneknya beberapa hari lepas.
Mangsa dibesarkan oleh neneknya dan dipercayai membunuh diri akibat terlalu merindui neneknya. – Borneo Post Online
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.