Breaking News
Loading...
Saturday, 28 December 2013

Tak Jadi Cerai Selepas Suami Janji Bina Tandas Yang Sempurna

22:35:00
Tak Jadi Cerai Selepas Suami Janji Bina Tandas Yang Sempurna

New Delhi: Seorang wanita bersetuju untuk tidak bercerai dengan suaminya selepas lelaki itu berjanji di mahkamah untuk membina tandas yang sempurna di kediaman mereka.

Savita Malviya, 27, bersedia pulang ke pangkuan suaminya di Kampung Mundlaana, di India bersama dua anak mereka.

Dia dan suaminya, Devkaran, 30, sudah berkahwin selama tujuh tahun tetapi mahkamah diberitahu yang wanita itu meninggalkan rumah untuk pulang ke kediaman ibu bapanya kerana tidak sanggup lagi hidup menanggung malu.

Savita menyalahkan ketiadaan kemudahan tandas di rumahnya menyebabkan perkahwinan mereka dilanda keretakan.

Mahkamah diberitahu yang keluarga itu terpaksa membuang air dalam belukar kerana tidak memiliki tandas. – Metro

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer